Respon Majlis AIDS Malaysia berkaitan Kenyataan Akhbar oleh JAKIM (6 Oktober 2008)

Menurut kenyataan akhbar oleh Ketua Pengarah JAKIM pada 6 Oktober 2008 mengenai ujian saringan HIV yang diwajibkan mulai tahun 2009 sebagai syarat sebelum pasangan Islam dibenarkan untuk berkahwin. Dengan ini, Majlis AIDS Malaysia menegaskan pendirian bahawa saringan HIV harus dilaksana secara sukarela.
Majlis AIDS Malaysia menyokong saringan HIV diperluaskan di kalangan rakyat Malaysia, selaras dengan bantuan rawatan HIV yang dibiayai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Namun ketelusan maklumat dan kepakaran khidmat nasihat bagi Orang Yang Hidup Dengan HIV secara amnya masih boleh dipersoalkan dan perlu dipertingkatkan.
UNAIDS (Badan AIDS di bawah naungan PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organisation) kedua-duanya menyarankan saringan HIV dibuat secara sukarela dan sulit, dan diiringi kaunseling yang dilaksana secara profesional oleh pegawai-pegawai perubatan atau kaunselor terlatih dalam bidang ini. Untuk maklumat terperinci, sila rujuk `Guideline for Anonymous and Voluntary HIV Screening’ yang diterbit cawangan AIDS/STD, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Majlis AIDS Malaysia juga mempersoalkan saringan HIV yang dilakukan sekali sebelum perkahwinan, tanpa maklumat yang seharusnya menjurus kepada perubahan tingkah laku dan sikap yang melindungi pasangan suami isteri dan anak-anak dari jangkitan HIV untuk jangka panjang.

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>